Pages

Di review ciksaraspalela

Thursday, March 31, 2011
Bila bukak comment:

"hye....sy review blog awk smpena awk pngikut sy yg ke 101...hehehe...saje jeh" 


Wah..iyer ker nie, adakah aku bermimpi?


Terus bukak blog ciksaraspalela dengan gelojohnya sopan-santunnya =)












Terima kasih sangat-sangat yer Cik Saraspalela
Tekojut den.., tersipu-sipu malu ai


Bukak jer blog pinky cik saraspalela, terus nampak macaron
Meleleh air liur ler pulak....
Cik Sara tak nak kasi Macaron ker, hikhik


Ok, keep in touch yer Cik Saraspalela

SPM bukanlah segalanya















"Cikgu tanya, nak sambung belajar kat mana lepas SPM. Saya jawab, saya tak nak belajar lagi dah, nak bisness. Lepastu terus cikgu saya marah-marah dan cakap masa depan saya gelap kalau tak belajar"


Lepastu, apa jadi


"Alhamdulillah, boleh di katakan saya dah berjaya, saya dah ada syarikat sendiri (kecil ajer la..). dengan duit bisness tu, saya dah boleh beli rumah dan kereta sendiri walaupun saya baru umur 25 tahun"

Ini cerita dari sahabat saya

Bagi yang hanya pandai bercakap tu;

Jangan lah nak menentukan samada masa depan seseorang tu gelap atau tidak, semua tu bergantung pada usaha dan rezeki dari Allah.

Jangan lah nak pandang rendah pada mereka yang tidak berpendidikan tinggi.

Jangan lah bermegah-megah dengan kejayaan anda pada masa ini, kerana hidup kita ni bagaikan roda tau.

Bagi yang di pandang rendah tu;

Jangan putus asa kalau result SPM korang baru-baru ni kurang baik. Usaha dengan apa jua cara yang ada, insyaallah kejayaan itu pasti akan datang jua.

Ingat, pelajaran yang tinggi bukanlah penentu pada kejayaan seseorang

Jangan menderhaka pada ibu bapa, restu dari mereka akan membawa kita kepada kejayaan yang sebenar.

*Ingatlah, SPM bukan lah penentu kejayaan bagi setiap orang =)*

Precious Moment Giveaway


Giveaway Timeeeee......
Bukan Timmy Time yerrr....

Sila klik banner kalau nak join
Tarikh tamat lambat lagi seh

29 April 2011

Saya nak tag saper ek...
Secara random nyer, memilih...
Untuk di tag






DECO DECO BENG BENG BOONG

Wednesday, March 30, 2011
Kalau nak tonton, silia klik sini OK.
Tonton lah rancangannnnnn.....
bersama Bang Ben  
 di Channel Deco-Deco Blogger =)



GEGAR BLOGGER BARU

Monday, March 28, 2011
Jom join segmen GEGAR BLOGGER BARU bersama Bang Ben 
si pemotong rumput =)

Suka sangat gambar dan entry nie
Sambil membayang kan

"Wahhh...alangkah bestnyer kalau pemotong rumput 
semuanya badan ketul-ketul camni, 
sure tiap-tiap hari aku kerah rumput tu suruh panjang cepat-cepat"

Bermula dengan hobi membaca blog orang selama 3 tahun, 
akhirnya cempaka decide untuk buat blog sendiri. 
Sebab disini boleh dapat ramai musuh kawan,
dan yang paling penting, boleh berkongsi maklumat dan pendapat.

Blog wajib masuk, ni haaa..

Blog ni milik Uncle Gedek, Setiap entrynya adalah gambar uncle Gedek sendiri 
Berlatar belakangkan pelbagai tempat yang menarik.

Tak caya? tengok ni,

*sory uncle, saya promote nie*

Semua gambarrrr jer. tapi LAYANNN....










Earth Hour datang lagiiii...

Wednesday, March 23, 2011














Gambar pOcOyO comel di copy dari SINI

Jom sama-sama sokong EARTH HOUR 2011

pOcOyO  said :
Let switch Off our Light
and turn On the Earth

Harap maafkan si pOcOyO comel ni
Sebab dia tak pandai cakap bahasa melayu =)

So, Jangan lupa

Date : 26 March 2011
Day  : Saturday
Time : 8.30 PM - 9.30 PM

*jangan nakal-nakal dalam gelappp =D*

AKU BENCI ROKOK

Tuesday, March 22, 2011












Klik sini kalau nak join

KENAPA SAYA BENCI ROKOK

Bau rokok memang pantang
Especially kalau time makan kat luar
Tengah sedap-sedap menikmati makanan
Tiba-tiba....Erk...bau apa nie (sambil menutup hidung)
Toleh kiri, kanan, depan, belakang
Huh...asap rokok (muka menyampah)
EEee...terbantut selera aku
kalau nak isap rokok tu, agak-agak lah..
Jangan lah isap kat kedai makan
Sangat tak tahan bila bau asap rokok time makan
SEMPUT tauuuu!!!!!!
Lagi satu kalau orang yang species isap rokok dalam kete
Eeee....bertaburan abu rokok tu kat dalam kete
Kotor tau..kalau kete korang, tak kisah lah
Kalau kete aku....camner? Korang nak tolong vacuum balik ker
Lagi hot bila perkara tu berlaku lepas aku cuci kete

PESANAN BUAT MEREKA YANG MEROKOK & BAKAL MEROKOK

Sayangi mereka di sekeliling anda
Kerana, disebabkan anda, mereka yang menghidu asap roko
Juga turut menjadi mangsa kerakusan anda

PENDAPAT MENGENAI MEREKA YANG MEROKOK

Mereka yang merokok ni, mungkin terpengaruh pada awalnya
dan ketagih pada akhirnya. Percayalah, rokok tidak akan membawa
anda kemana-mana kerana rokok tiada kaki untuk membawa anda